UBK HSM

Usaha mencapai kecemerlangan adalah suatu perjuangan yang perlu dimantapkan dengan motivasi yang tinggi serta kesedaran yang mendalam. Hanya mereka yang mampu menghadapi cabaran dan sanggup berusaha sahaja layak mengecapi kepuasan natijah kejayaan. Sejauhmana kemenangan kita di pentas kecemerlangan bergantung kepada kemantapan motivasi dan kemantapan minda kita sekarang. Anggaplah pertarungan ini adalah suatu perjuangan demi masa depan. Bangkit dan berjuanglah mudah-mudahan peringatan ini menjadikan lamunan kita terhenti dari lena yang panjang untuk bangkit dari persimpangan dilema menuju gerbang titian hidup yang lebih bererti, menjadi insan yang sentiasa menjiwai kecemerlangan melalui usaha yang bukan sekadar sia-sia.

No comments:

Post a Comment